10.10.09

Tiba-Tiba Kendur

Dalam keadaan ghairah dan teruja, lelaki yang menghayati ransangan syahwat akan mencapai ereksi kekal untuk disalurkan ke dalam faraj pasangan perempuan.

Ketika ereksi berlaku, darah masuk ke dalam liang otot zakar dengan banyak dan memenuhi ruang dalaman. Ini membuatkan darah terperangkap dalam otot dan secara lansung membuatkan ereksi padat untuk disalurkan ke dalam faraj.

Jika dia tidak hajat untuk melakukan penestrasi, ereksi masih dapat dikekalkan dengan dia atau pasangannya mengurut zakar sehingga dia mencapai ejakulasi.

Dalam keadaan teruja tapi dalm masa yang sama dia mengubah posisi dia mengemut atau mencengkam otot lubang najis untuk menahan ejakulasi, ekelip mata ereksinya akan kendur.

Ia berlaku kerana perbuatannya tadi membuatkan darah dalam otot keluar dari ruang otot. Keadaan ini dikenali sebagai 'Pelvic Steal Reflex'.

Saya cadangkan anda amalkan gaya hidup sihat, lakukan senaman berkala dan tidak merokok jika selama ini anda merokok.

No comments:

Post a Comment