Malah payudara seseorang juga lazimnya tidak sama saiz di antara keduanya, ini perkara lazim. Saiz payudara lebih berkait kepada keturunan( ibu atau nenek kita). Ia juga bergantung kepada saiz atau banyaknya tisu kelenjar payudara dan lelemak yang dipunyai seseorang wanita.
Penambahan berat badan juga menambahkan saiz payudara kerana sebahagian payudara dibentuk oleh lelemak yang menjadiakn payudara berasa lembut apabila dipegang. Selain lelemak, payudara banyak dibentuk oleh kelenjar dan tisu berserat serta tisu perantara yang menjadikan payudara pejal.
Siaz payudara juga boleh diransang oleh hormon estrogen dan progesteron( itulah sebabnya wanita hamil mengalami pembesaran payudara). Ia juga ada diubahsuai saiz dan bentuknya, samaada semakin membesar atau semakin kecil melalui pembedahan moden atau implan.
No comments:
Post a Comment